Assalamualaikum... hmm first... thanks sebab sudi bace blog nieh.....
PENGENALAN
Pelajar hari ini adalah pewaris kepada generasi akan datang. Bakat kepemimpinan yang ada di kalangan pelajar perlu digilap agar mereka dapat meneruskan kepemimpinan hari ini pada masa akan datang bagi mencorakkan masyarakat cemerlang sesuai dengan naluri semulajadi manusia. Justeru dirasakan bahawa program kepemimpinan seumpama ini akan dapat membantu pelajar bagi mencapai tujuan tersebut.
SAHSIAH & AKADEMIK
- Pelajar tidak menyedari bahawa mereka mempunyai bakat kepimpinan yang ada dalam diri mereka.
2. Pelajar takut bertindak dalam menjalankan tugas yang di amanahkan kepada mereka terutama terhadap rakan sendiri.
3. Pelajar kurang memahami bidang tugas yang diberikan kepada mereka.
4. Pelajar mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang akan merosakkan diri mereka sendiri.
5. Pelajar takut untuk mempelajari perkara-perkara baru.
6. Pelajar akan mudah kecundang dalam akademik dan sahsiah jika tiada pembahagian masa yang tepat.
OBJEKTIF
1. Mendedahkan pelajar kepada kualiti kepemimpinan.
2. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang.
3. Memberi kesedaran untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif.
4. Memiliki pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pengurusan seharian.
5. Membina sikap penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangi aktiviti seharian sama ada di rumah, sekolah dan dalam masyarakat.
6. Membantu pelajar dari aspek sosial dan pembelajaran.
MATLAMAT
Mempertingkatkan prestasi kepimpinan pelajar, kecemerlangan akademik, kemantapan sahsiah dan melahirkan pelajar yang berkualiti, berwawasan dan berakhlak.
TARIKH, MASA, TEMPAT DAN JAWATANKUASA PROGRAM
1. Cadangan tarikh kursus : 17, 18 dan 19 Jun 2011
2. Cadangan tempat kursus : Dewan Sekolah Menengah Teknik Taiping
SASARAN PESERTA
Seramai 180 orang pelajar terlibat. Mereka terdiri daripada 80 orang pengawas sekolah, 60orang pengawas asrama dan 40 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
KANDUNGAN PROGRAM
1. Mengembangkan bakat kepemimpinan di dalam diri pelajar
2. Membina perkembangan diri dari aspek keyakinan diri, pengurusan diri, kekuatan dan kelemahan diri serta konsep kendiri pelajar.
3. Pembinaan diri sebagai insan cemerlang, berakhlak mulia, penyayang, bertanggungjawab serta berpegang teguh kepada prinsip keagamaan.
4. Ketahanan fizikal dan mental.
METODOLOGI
1.1 Program di dalam kawasan sekolah
1.2 Input melalui ceramah
1.3 Kuliah agama / Qiammullail / Kelas moral
1.4 Kembara / Ketahanan fizikal
InsyaAllah…..